Plot Black Clover

Siri ini memfokuskan Asta, seorang anak yatim muda yang dibesarkan di rumah anak yatim sejak lahir selepas ditinggalkan di pintu rumah anak yatim di Kampung Hage bersama seorang lagi anak yatim, Yuno. Apabila hampir semua orang di dunia tersebut mempunyai kebolehan untuk memanfaatkan Mana (satu bentuk tenaga di alam semulajadi dan di dalam manusia) dalam bentuk Kuasa Ajaib (魔力, Maryoku), Asta pula sebaliknya. Dia cuba menaikkan kuasa magis melalui latihan fizikal. Sebaliknya, Yuno dilahirkan sebagai genius dengan kuasa magis yang sangat banyak dan bakat untuk mengawal mantera angin. Didorong oleh keinginan untuk menjadi Raja Penyihir, satu tokoh kuasa kedua tertinggi selepas Raja Kerajaan Klover, dua pemuda tersebut mengembangkan persaingan sihat. Yuno mendapat grimoire empat-daun lagenda yang pernah menjadi milik Raja Penyihir pertama. Walau bagaimanapun, Asta mendapat grimoire lima-daun yang sangat misteri (yang tidak boleh dikenalpasti oleh orang lain dengan mudah kerana ia sangat kelihatan usang), yang mempunyai pedang-pedang elf misteri dan kuasa anti-magis yang sangat jarang dijumpai walaupun tidak mempunyai sebarang kuasa magis. Kemudian, dia dan Yuno masing-masing menyertai skuad Kesatria Sakti sebagai langkah pertama untuk memenuhi cita-cita mereka. Sepanjang cerita tersebut, Asta dan Yuno melalui banyak pengembaraan untuk mereka menempa nama mereka diri mereka sendiri di seluruh Kerajaan Klover.

Rujukan

WikiPedia: Black Clover http://www.adultswim.com/videos/black-clover/ http://www.animenewsnetwork.com/daily-briefs/2016-... http://www.animenewsnetwork.com/daily-briefs/2017-... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://www.animenewsnetwork.com/interest/2016-07-2... http://www.animenewsnetwork.com/news/2012-10-31/sh... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-02-09/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-03-30/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-10-09/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-08-29/ju...